Sampai di Filipina Henry si Hitam

Akhirnya pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di kepulauan Filipina yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara. Pemuda yang bernama Enrique bertindak sebagai jurubahasa kerana bahasa di Filipina dan Nusantara difahami oleh Enrique untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan , berhubung dengan pedagang , menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.

Di Kepulauan Cebu,Filipina , Ferdinand Magellan telah berhubung dengan Raja Humabon . Raja Humabon bersama 800 orang rakyat di Cebu, Filipina berjaya dikristiankan oleh Ferdinand Magellan. Magellan mengisytiharkan penduduk Cebu sebagai warga Tuhan Sepanyol. Magellan memanggil penduduk Cebu sebagai 'Indian' kerana berkulit gelap sebagaimana penduduk selatan India.

Raj Humabon meminta Magellan membantunya menghapuskan pemberontakan di perkampungan Mactan yang dipimpin oleh Lapu Lapu. Pada hari Sabtu 27 April 1521 Magellan telah menyerang kampung Lapu Lapu dengan 60 orang menggunakan senapang, meriam , senjata besi dan lain-lain. Sementara Lapu-lapu bersama 1500 pahlawan hanya menggunakan buluh runcing dan panah beracun.

Malangnya Magellan menjadi mangsa pertama serangan kerana lengan kanannya terkena panah beracun. Pengikut Magellan pula lari lintang - pukang kembali ke kapal untuk menyelamatkan diri dari serangan balas yang tidak terduga itu. Magellan telah tersungkur dan mati. Peperangan disebut dalam sejarah Filipina sebagai Peperangan Mactan.

Enrique turut cedera dalam serangan itu.